DRB-HICOM University New Students Oath-Taking Ceremony June Intake 2019

Assalamualaikum wbr
We pray for your well being

1. My dear students of DRB-HICOM University; both new and continuing students for the Academic year 2019/20,

2. Let me begin this new academic session by congratulating all our continuing students on your successful academic year of 2018/19. I am happy to be informed of the good progress made by our students both in the academic examination and in extra curricula activities.

3. I am also happy to announce the graduation of our students from our first batch of graduation from Bachelor Degree programmes and also our joint degree programmes as well as our Master by Research and Coursework programme. They will officially graduate during our next convocation.

4. For our new students registering on various dates this month for the Diploma, Bachelor, Masters and PhDs, we offer our congratulatory greetings for making the right choice of exciting potential career in the automotive and mobility economic sector.

5. We applaud your brave decision to be with our university and be part of the team that is poised and ready to contribute to the growth of the Malaysian automotive industry in in engineering, design, distribution, management and finance sector.

6. We believe you have made the right choice together with your parents to realise the immense talent potential within you. Our role is to assist and facilitate the exciting journey ahead of you.

7. The University is poised to set on a journey of relevancy in the rapid technological advancement of the automotive and mobility industry through the large network support of the industry as well as the strength and diversity of DRB-HICOM Group of companies.

8. We welcome you to the University community, also to be part of the University by the Industry, for the Industry and stay tuned to the progress and partnership that is planned with the industry for capacity building of the automotive economic sector of the country.

9. I will, as the University progresses, inform you of the existing development envisaged for the benefit of the University community and the industry.

Wassalam.

Assalamualaikum wrt. & Salam Sejahtera,

1. Para pelajar DRB-HICOM University yang dikasihi sekalian, sama ada yang baru mahu pun yang sedang meneruskan pengajian untuk Sesi Akademik 2019/2020.

2. Sebagai pembuka tirai bagi sesi akademik baru ini, sekalung tahniah saya ucapkan kepada para pelajar di atas pencapaian cemerlang anda untuk sesi akademik 2018/2019 yang lepas. Saya amat berbangga sekali dengan pencapaian anda bukan sahaja dari segi akademik bahkan juga dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang telah anda sertai.

3. Saya juga amat berbesar hati untuk mengumumkan pengijazahan pelajar daripada kumpulan/kohot pertama daripada Program Ijazah, Program Ijazah Bersama dan juga Program Sarjana melalui penyelidikan dan kerja kursus. Semua pelajar ini bakal bergraduasi pada majlis konvokesyen yang akan datang tidak berapa lama lagi.

4.Bagi pelajar-pelajar yang baru mendaftar pada bulan ini yang terdiri daripada program Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD, saya juga ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas  pilihan tepat anda untuk bersama DRB-HICOM University. InsyaAllah,  peluang yang amat cerah sedang menanti anda dalam kerjaya dalam bidang automotif dan sektor ekonomi mobiliti.

5.Kami amat berbesar hati atas keberanian dan keyakinan anda memilih universiti kami dan menjadi sebahagian daripada kami sebagai sebuah institusi pengajian yang sentiasa bersedia untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia umumnya dalam industri automotif Malaysia dan khasnya  dalam sektor rekaan, pengedaran, pengurusan dan kewangan.

6.Kami percaya anda dan ibubapa anda telah membuat satu pilihan yang tepat untuk merealisasikan potensi diri anda bersama kami. Tugasan kami adalah untuk terus membantu dan membimbing anda mencapai impian hidup anda.

7.Universiti kami sentiasa bersiap sedia untuk terus mengikuti perkembangan teknologi yang amat pesat dalam industri automotif dan mobiliti melalui sokongan rangkaian besar dari industri serta daripada kekuatan dan kepelbagaian syarikat di bawah Kumpulan DRB-HICOM.

8.Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda sebagai sebahagian daripada komuniti universiti ini pada hari ini. Terus maju bersama kami dalam mempelbagaikan perancangan jaringan industri dalam sektor ekonomi automotif negara bersesuaian dengan moto kami iaitu ‘universiti dari industry untuk industri’.

9.Saya sendiri akan sentiasa memaklumkan kepada pelajar-pelajar mengenai  perkembangan-perkembangan pembangunan universiti terkini yang akan  memberi manfaat  bukan sahaja untuk universiti ini, malahan juga akan membantu komuniti dan industri.

Wassalam.