10 orang pelajar DRB-HICOM University menjadi krew Proton R3

10 orang pelajar DRB-HICOM University menjadi krew Proton R3

Seramai  10 orang pelajar DRB-HICOM University telah terpilih sebagai krew teknikal bagi Pasukan Proton R3 (R3) dalam kejohanan “Sepang 1000KM Endurance Race (S1K)” yang berlangsung pada 23 November 2018 sehingga 25 November 2018.

Krew teknikal R3 berjumlah 21 orang, 10 orang pelajar yang dipilih menjadi krew teknikal terdiri daripada program Diploma Teknologi Automotif (Motorsport), Ijazah Sarjana Muda Teknologi  Kejuruteraan Mekanikal ( Teknologi Servis Automotif) serta program asasi kejuruteraan. Tujuan program sebegini dilakukan ialah untuk mendedahkan pelajar akan dunia motorsport yang sebenar. Pelajar DRB-HICOm University ini juga diiringi oleh seroang pensyarah dan 2 orang instruktur.

Menurut salah seorang daripada pelajar DRB-HICOM University yang mewakili krew teknikal ini berkata “Sememangnya ianya merupakan pengalaman yang berharga bagi saya. Banyak perkara yang saya belajar selama seminggu menjadi krew teknikal bagi Proton R3 Racing team. Saya mengucapkan terima Kasih kepada DRB-HICOM University kerana memberikan peluang kepada kami untuk merasai sendiri menjadi krew dalam perlumbaan professional”

DRB-HICOM University juga mengucapkan terima kasih kepada Proton R3 Racing team kerana mempercayai pelajar dari DRB-HICOM University untuk menjadi krew teknikal semasa perlumbaan tersebut.

DRB-HICOM University sentiasa komited dalam memberikan pendedahan tentang industry automotif di Malaysia agar setiap pelajar lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.

Comments are closed.