LAWATAN KERJA DRB-HICOM U KE INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI SELATAN THAILAND

Pekan, 22 November 2018- Pada 4 November 2018 sehingga 6 November 2018 yang lalu pihak DRB-HICOM University yang diwakili oleh Prof. Dato’ Sr. Dr. Haji Omar Osman Naib Canselor, Prof Madya. IR. Dr. Azmi Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Teknologi dan Prof. Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Ab. Latif, Ketua bahagian Perhubungan & Kerjasama Industri telah mengadakan lawatan kerja ke Selatan Thailand bagi melawat beberapa Institusi Pengajian Tinggi di daerah Narathiwhat, Yala dan Pattani.

 

4/11/2018

  • Maahad Mesbah El Ulum, Narathiwat.

Pihak Universiti telah disambut oleh Dr. (Hon.) Ramli Syahabuddin, Mudir dan Ketua Yayasan Auqaf Al Mesbah, Dr. (Hon.) Abdul Wahab Saud, Setiausaha, barisan pengurusan, tenaga pengajar dan pelajar-pelajar. Perbincangan adalah berkisar kepada langkah-langkah strategik yang akan diambil ke arah kerjasama dua hala dalam membuka ruang, peluang dan bantuan kepada pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ke DRB-HICOM University.

 

5/11/2018

  • Lawatan ke Muzium Manuskrip Al-Quran dan Kesan Lama, Narathiwat.

Pihak Universiti telah diberi penerangan panjang lebar oleh Ustaz Lutfi, Pengarah Muzium. Perbincangan mendalam telah dijalankan dari segi sumbangan yang boleh diberikan oleh DRB-HICOM U dalam mengenengahkan kehebatan  khazanah ilmu alam Melayu dan nusantara,  sistem ekonomi Islam dan yang berkaitan. Rombongan telah dibawa melawat ke sekitar kompleks Muzium dan telah dapat menyaksikan artifak-artifak sejarah yang menjadi bukti kehebatan dunia Melayu dan Islam masa lampau.

 

  • Universiti Princess Naradhiwas.

Pihak Universiti telah bertemu dengan Dekan, Timbalan Dekan -Timbalan Dekan dan barisan kemimpinan  Akademi Islam dan Pengajian Arab dan telah diberi penerangan lengkap berkenaan akademi tersebut. Sesi perbincang juga telah berlangsung berkisar kepada kerjasama yang boleh dijalankan diantara kedua-dua universiti. Pihak universiti telah dibawa bertemu dengan Pengerusi, Professor Madya Dr. Chongrak Palasi, Presiden, Dr. Rossukon Sangmanee, barisan kemimpinan dan pensyarah-pensyarah Universiti. Perbincangan dua hala telah membawa kepada persetujuan kedua-dua belah pihak untuk bekerjasama dalam membuka ruang bagi pelajar-pelajar menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di kedua-dua universiti, pertukaran pelajar dan pensyarah serta aktiviti-aktiviti berkaitan yang memberi manafaat kepada kedua-dua pihak. Pihak Universiti juga telah dibawa melawat ke makmal fakulti kejuruteraan bagi memahami dengan lebih dekat lagi ruang kerjasama yang akan di jalankan nanti.

 

  • Universiti Prince Songkla, Kampus Pattani.

Lawatan pada hari ini dilengkapi oleh pertemuan dengan beberapa orang Professor dan pensyarah dari universiti ini. Perbincangan adalah juga terarah kepada perhubungan dua hala terutamanya di dalam ruang lingkup bisnes dan pengurusan.

 

6/11/2018

  • Majlis Agama Islam Wilayah Patani (MAIWP)

Pihak universiti telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Dr. Abdulrahman bin Daud, Yang Dipertua, Majlis Agama Agama Islam Wilayah Patani (MAIWP). Pelbagai topik berhubung program dua hala akademik dan kemahiran telah dibincangkan dalam suasana kekeluargaan. Dr. Abdulrahman telah menyatakan persetujuannya untuk menjadikan MAIWP sebagai wadah untuk penyebaran informasi berkenaan peluang-peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang disediakan oleh DRB-HICOM U kepada warga Wilayah Patani yang berurusan dengan MAIWP.

 

  • Jamiah Islam Sheikh Daud Al-Fathani (JISDA), Yala.

Seterusnya, delegasi DRB-HICOM U telah disambut dalam suasana penuh kekeluargaan oleh Hj. Abdul Rahman Tupa, Setiausaha Yayasan Pendidikan Islam Yala merangkap Pengurus Sekolah Thamavitya Mulniti Yala merangkap Ketua, Persatuan Sekolah-Sekolah Islam Swasta Wilayah Yala. Perbincangan merangkumi arah tuju akademik dan pendidikan peringkat tinggi untuk pelajar-pelajar JISDA dan warga pendidiknya.

 

  • Kolej Vokasional Yala.

En. Isman Issama-Air, Pengarah Kolej Vokasional Yala dan warga kerja bersama-sama pelajar telah menyambut pihak universiti dalam suasana yang sangat meriah. Pihak university telah diberi penerangan yang lengkap berkaitan aspek pengurusan, akademik dan halatuju pendidikan pelajar-pelajar selepas tamat belajar di Kolej ini nanti. En. Isman bersetuju untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam membuka ruang kepada pelajar-pelara beliau yang berminat ke DRB-HICOM University. Diakhir lawatan, pihak university telah di bawa melawat ke sekitar kampus Kolej Vokasional Yala.

 

  • Universiti Fathoni, Pattani.

Aktiviti terakhir pada lawatan ini ialah ke Universiti Fathoni. Perbincangan bersama beberapa orang pensyarah dan pentadbir telah diadakan berkaitan dengan hubungan dua hala dan peluang untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Comments are closed.