17 graduan DRB-HICOM University terima anugerah di Majlis Konvokesyen CILT

10 November 2018, Kuala Lumpur –Tahniah diucapkan kepada 17 orang graduan program Diploma Fakulti Perniagaan dan Pengurusan DRB-HICOM University yang dianugerahkan Member of Institute of Logistic and Transportation di Majlis Konvokesyen  Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC). 17 orang graduan yang menerima anugerah ini terdiri daripada 10 graduan Diploma Enterprise Resource Planning, 5 graduan Diploma Automotive Parts Management serta 2 graduan daripada Diploma Procurement and Vendor Management.

DRB-HICOM University juga amat bangga dengan pencapaian seorang pensyarahnya iaitu Encik Mohamad Hizam bin Hashim yang telah dianugerahkan Chartered Member of Institute of Logistics and Transport (CMILT). Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan badan profesional kepada program dan graduan DRB-HICOM U di dalam bidang pengurusan logistik dan pengangkutan.

Lebih membanggakan lagi, Muhammad Syairazi Mazlin pelajar Diploma Procurement and Vendor Management telah memenangi anugerah pelajar terbaik keseluruhan untuk Majlis Konvokesyen CILT tahun ini. Beliau juga dipilih untuk mewakili semua gaduan didalam upacara membaca ikrar graduan CILTM.

Penganugerahan keahlian CILT ini kepada graduan DRB-HICOM University ini merupakan manifestasi kelangsungan program kita yang memenuhi kehendak industri. DRB-HICOM University sememangnya bangga dengan pencapaian pelajar serta pensyarah atas anugerah tersebut.