Program Tanggungjawab Sosial Korporat DRB-HICOM University

2 NOVEMBER 2018 –┬áDRB-HICOM University memulakan tanggungjawab sosial korporat kali kedua kepada graduan Diploma Kolej Vokasional Malaysia dengan menganjurkan program persediaan teknik menjawab kertas Sejarah 1251 yang bakal diduduki oleh pelajar pada pertengahan November ini.

Graduan Kolej Vokasional ini perlu lulus kertas Sejarah 1251 ini sebagai syarat asas melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Dijangka pelajar – pelajar ini akan menjadi sebahagian dari komuniti DRB-HICOM University pada Semester hadapan.

September  lalu, lebih 20 orang graduan ini juga di beri kelas persediaan percuma untuk menduduki peperiksaan MUET. Kepeluan MUET juga merupakan syarat asas memasuki program ijazah universiti.

Kumpulan pertama graduan Kolej Vokasional sudah pun menjadi komuniti DRB-HICOM University dengan menyertai program persediaan peperiksaan Sejarah dan MUET.

Program ini dapat dilakukan dengan kerjasama dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Terima kasih warga DRB-HICOM University.