Majlis Penukaran Memorandum Persefahaman antara DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dan Kedah Industrial Skills And Management Development Centre (KISMEC)

DRB-HICOM University of Automotive Malaysia hari ini melakarkan sejarah baru dengan majlis penukaran Memorandum Persefahaman Bersama dengan KISMEC. Majlis yang disaksikan oleh YTM Raja Muda Kedah itu berlangsung bersempena dengan pembukaan rasmi KISMEC Kulim (K2) di Kulim Hi-Tech Park. MoU tersebut juga membuktikan usaha DRB-HICOM University of Automotive Malaysia melebarkan sayapnya untuk memberi khidmat kolaborasi dan perundingan kepada syarikat multi-nasional berasaskan elektronik yang beroperasi di Kulim Hi-Tech Park. Keterlibatan DRB-HICOM University of Automotive Malaysia dilihat kena pada masanya di kala ekosistem automotif menyaksikan dominasi komponen elektronik di dalam kenderaan.

Comments are closed.